Jumaat, 4 April 2014

Hari Ini Hari Sabtu

Assalamualaikum. Adik - adik mesti tahu bukan hari ini hari apa? Hari ini hari Sabtu. Dan kebanyakannnya orang cuti. Tetapi ada sesetengahnya bekerja atau bersekolah hari. Jadi, apa perancangan adik - adik untuk hari ini? Mahu tuisyen kah,membeli - belahkah,pergi kenduri kah,atau apa sahaja.

Akak buat masa ini masih lagi tiada perancangaan mahu ke mana - mana. Kalau Abang Luqman ajak akak  keluar mungkin lah akak akan pergi. Kalau kawan - kawan lain ajak hang out pun akak malaslah nak join. Hari ini kalau boleh akak nak menulis blog sahaja. Hihihi....

By the way,adik - adik sudah sarapan pagi atau belum? Akak juga masih belum sarapan lagi. Bangun pagi terus sahaja ambil laptop dan buka blogger. Lepas itu, tulis entri and bla...bla..bla... Lepas buka blog ini akak nak buat kerja  sekolah.

Adik - adik ada tak kerja sekolah tidak? Kalau ada pergilah buat sekarang! Nanti,cikgu adik - adik marah. Nanti tak berkat ilmu kalau sering sakitkan hati guru. Walau apa pun yang berlaku,kerja sekolah harus diutamakan. Faham?! Hehehe... Melalut sudah!

Maaf - maaf. Okey kita sambung semula. Apa aktiviti yang adik - adik paling suka lakukan pada hari sabtu atau hari cuti.? Kalau akak,akak lebih suka melancong. Lebih 0 lebih lagi melancong ke Indonesia. Hahaha... Yang ini rasanya semua puan sudah tahu bukan?

Rasanya kalau akak tulis entri ini lebih panjang pasti akak akan lebih melalut. Oleh itu, akak nak berhneti menulis entri ini sekarang juga! Petang atau malam nanti akak sambung menulis entri lain pula,ya? Assalamualaikum.

Perubahan Baru

Malam tadi akak sudah buat beberapa perubahan pada blog akak. Adik - adik rasa cantik tak? Akak mahu minta pendapat daripada kamu semua. Dan kalau ada idea - odea yang lebih menarik boleh lah tulis di komen. In Shaa Allah nanti akak cuba memperbaiki blog akak ini.

Akak memang tak tahu apa - apa pun fasal blog. So, suatu hari akak pun cuba sahaja lah membuat blog. Ianya memang senag dan hanya mengambil masa diantara 5 - 10 minit. Kalau nak menghias ini akak memang low lah. Hihihi...Tetapi kalau adik -adik tahu cara nak jadikan bllog ini lebih comel jangan lupa untuk beritahu akak.

Okey. Hanya sampai di sini sahaja entri ini. Kerana akak mahu buka google untuk mencari cara - cara menghias blog. Dan kalau boleh nak cuba buat. Semoga dipermudahkan urusan akak mahu menghias blog ini! Amiin.

Templet baru

Hai. Seperti yang dijanjikan,hari ini akan mengajar cara untuk menukar templet blog dengam
n templet kita sendiri. Mudah sahaja. Yang pertama,anda pergi "SETTING".Kemudian ,cari "LATAR BELAKANG". Klik pada templet yang sedang anda gunakan dah klik pada butang "Peribadikan". Nanti,anda perlu tekan butang "BACKGROUND".Seterusnya,klik perkataan "MUAT NAIK IMEJ' dan tunggu sehingga beberapa minit. Akhir sekali,tekan butang "SELESAI" kemudiann "GUNAKAN PADA BLOG". Tadaa!!! Sudah siapa\ dan anda sudah boleh lihat blog anda.

Mulanya,akak ingatkan susah sangat. Hari - hari akak mencuba. Namun,tidak berhasil. Dan sekarang akak sudah tahu. So,akak boleh lah menukar templet blog akak pada bila - bila masa!

Loading...

Akak sekarang ini sedang di dalam proses hendak menukar templet blogger akak. Tadi sudah tukar. Tetapi, nampak macam tidak sesuai. So,akak pun rajin - rajinkanlah diri melawat google dan cari templet yang cantik. Then,akak pun tukar lah kepada templet yang lain. Jangan lupa,esok di entri yang seterusnya akak akan mengajar cara - cara mahu menukar templet blogger dengan templet yang kita save di PC ita.

Yeay!

Hai adik - adik ! Akak ada berita gembira. Sekarang akak sudah tahu cara mengubah templet blogger. Ianya amat mudah. Alhamdulillah. Nak tahu caranya? Esok akak akan ajar.

Templet Blogger

Hia... Hello... Assalamualaikum... Hohoho.... Adik - adik pandai tak nak tukar templet untuk blogger? Kalau pandai,boleh tolong ajarkan akak tak? Please... *Buat muka comel + Kedip - kedip mata* Hihihi....

Belajar mengedit?

Selamat malam semua! Adik - adik semua mahu tak belajar mengedit? Nak akak ajarkan tak? Kalau tak keberatan,nanti akak ajar di entri yang lagi satu. So,macam mana? Setuju???