Jumaat, 4 April 2014

Hari Ini Hari Sabtu

Assalamualaikum. Adik - adik mesti tahu bukan hari ini hari apa? Hari ini hari Sabtu. Dan kebanyakannnya orang cuti. Tetapi ada sesetengahnya bekerja atau bersekolah hari. Jadi, apa perancangan adik - adik untuk hari ini? Mahu tuisyen kah,membeli - belahkah,pergi kenduri kah,atau apa sahaja.

Akak buat masa ini masih lagi tiada perancangaan mahu ke mana - mana. Kalau Abang Luqman ajak akak  keluar mungkin lah akak akan pergi. Kalau kawan - kawan lain ajak hang out pun akak malaslah nak join. Hari ini kalau boleh akak nak menulis blog sahaja. Hihihi....

By the way,adik - adik sudah sarapan pagi atau belum? Akak juga masih belum sarapan lagi. Bangun pagi terus sahaja ambil laptop dan buka blogger. Lepas itu, tulis entri and bla...bla..bla... Lepas buka blog ini akak nak buat kerja  sekolah.

Adik - adik ada tak kerja sekolah tidak? Kalau ada pergilah buat sekarang! Nanti,cikgu adik - adik marah. Nanti tak berkat ilmu kalau sering sakitkan hati guru. Walau apa pun yang berlaku,kerja sekolah harus diutamakan. Faham?! Hehehe... Melalut sudah!

Maaf - maaf. Okey kita sambung semula. Apa aktiviti yang adik - adik paling suka lakukan pada hari sabtu atau hari cuti.? Kalau akak,akak lebih suka melancong. Lebih 0 lebih lagi melancong ke Indonesia. Hahaha... Yang ini rasanya semua puan sudah tahu bukan?

Rasanya kalau akak tulis entri ini lebih panjang pasti akak akan lebih melalut. Oleh itu, akak nak berhneti menulis entri ini sekarang juga! Petang atau malam nanti akak sambung menulis entri lain pula,ya? Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan